Recent twitter entries...

Sambut Hari Raya bersama Mamee Sllrrrp dan selebriti AF serta Menangi Hadiah Tunai Harian

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelma, tibalah masanya untuk kita mula menghantar salam ucapan Hari Raya kepada rakan-rakan, ahli keluarga serta rakan setugas masing-masing. Pada zaman ini, kita tidak perlu lagi menulis ucapan Hari Raya ke atas beberapa keping kad dan hantar melalui pos yang mungkin akan tiba selepas Hari Raya.








Dengan adanya teknologi yang sudah berkembang, kita sudah mampu untuk menghantar e-kad bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Mamee telah menyediakan senarai e-kad pelbagai pilihan untuk anda hantarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda di bulan Ramadhan ini. Untuk melihat senarai e-kad tersebut, sila layari laman web www.rayagayamamee.com.my






Di samping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah rumah terbuka PERCUMA Mamee Sllrrrp di Hari Raya ini yang akan dihoskan oleh selebriti-selebriti Akademi Fantasia kegemaran anda seperti Mila, Hafiz, Aril dan juga pengacara-pengacara radio Era! Selain itu, Era juga akan memberikan hadiah wang tunai harian RM200 untuk dua orang yang menghantarkan e-kad terbanyak daripada laman web Raya Gaya Mamee!
 
Jadi, lekas dan hantar seberapa banyak e-kad Hari Raya anda sekarang!